Kerenah si Anak...Penyesalan Buat si ummi~~

01:59 Purpleberry~Me 0 Comments

Assalamualaikum,
Haha, yes aku ni seorang ummi yang garang kot. That why la my daughter very close to her abi.
Lama dah fikir sebenarnya..betul ke orang cakap anak perempuan ni suka bermanja dan main dengan ayah dia time kecik-kecik. Sebab bila dah besar mungkin ada batasan antara seorang bapa dan anak gadis. Mungkin?? Tapi auni afifah akan tetap cari aku bila nak tido, nak susu, nak makan dan kadang-kdang time nak belajar dia akan cari aku. Hahah.

Kadang-kadang aku jeles ngn husband aku, auni afifah rapat dengan dia. Kalau abi balik lambat je mesti Tanya, “where abi..”
If jalan-jalan kt luar pun dia suka abi dia layankan dia..boleh snyum posing ambil gambar lagi. Tapi kalau dengan ummi bukan main lagi dia buat perangai. Mana tak darah ummi menyirap naik. Bila dah darah naik mula la xboleh nak control, kan dah kena marah.

Story pagi tadi, memang aku rasa menyesal sangat. Tapi dah termarah si kecik ni. Walaupun bukan niat nak marah sangat, aku tetap rasa menyesal. Menyesal tahap 7 petala langit. Aku pun sayang anak aku macam abi dia sayang jugak. Tapi tadi si kecik ni buat perangai betul-betul uji kesabaran aku.
Ok,for this week suami aku ada kerja luar. Jadi aku handle si kecik ni sendirian. Macam biasa, pagi aku bangun mandi siap-siap untuk ke tempat kerja. Lepas mandi aku akan siapkan auni afifah nya susu utntuk minum kejap lagi dan juga siapkan powder milk untuk bekal ke sekolah. Baju-baju dan drypers dia malam dah siap masukkn dalam beg sekolah. Dah siapkan susu aku akan kejutkan auni afifah dan kasi dia susu. Sementara dia minum aku solat subuh kt sebelah. Ini memang dah rutin, aku habis solat dia pun habis susu tu. Of course la this time dia pun da fresh, aku sengaja ajak dia berbual-bual kasi dia warm up.So far ok macam biasa..dia akan respond pada soalan-soalan aku. Then aku mula bersiap pakai baju keje..pakai tudung semua sementara auni afifah masih golek-golek kat katil.Tapi we both still berbual-bual. Aku dah siap, aku akan mandikan dia. Lepas mandi je masalah mesti ada.Jeng..jeng..jeng!! Nak pakaikan baju memang problem. Dia suka pilih baju sendiri. By right aku kena pakaikan dia uniform sekolah tapi kadang-kadang kalau dia dah berkeras juga nangis-nangis tak nak pakai uniform terpaksa la aku ikutkan je.

Tadi pagi dia memang buat hal sangat, elok-elok aku sarungkan seluar sekolah dia mula nangis nak tukar baju.Tak pe..ummi sabar,sambal pujuk-pujuk. Then bila aku sarungkan baju dia dah mula naikkan pitching suara dia..nangis-nangis dan tak nak bagi kerjasama untuk masukkan tangan dalam baju. Susah sangat time ni proses nak siapkan dia. Baju ni dah la agak muat-muat je, bila dia tak bagi kerjasama memang lagi susah la.Dah la ummi ko ni tengah bawa perut, penat sangat. Terus aku menyirap. Aku marah auni..aku tengking dia..Ya allah, lepas je kuatkan suara pada dia terus aku rasa menyesal. Auni nanges sampai teresak-esak sambal cakap ,” sorry, ummi…”Huwaaa….aku sedih jugak. Macam nak nangis sama-sama. Jadi aku pun tukar fikiran, tukarkan baju dia. Ikutkan baju yang dia pilih tu. Mungkin sebab dia masih nanges-nanges sampi batuk-batuk, elok je aku sarungkan baju dia lengkap berseluar sekali dia termuntah. Ya Allah!!.. zappp…darah aku naik balik.Aku penat..dengan keadaan 6 bulan mengandung mcmani, nak kena handle ni semua..pagi-pagi dah berpeluh-peluh. Tengok jalm dah jam 7:15 AM, dah macam lipas kudung dah. Aku bersihkan lantai y kena muntah dan tukar kan baju auni afifah sambal nanges. Kelakarnya auni Tanya, “ummi cry??..ummi got sick?? “..hahaa.Eeee..dia nya pasal la ni tau!


Lepas tu aku terus peluk cium dia puas-puas…and say sorry to her. Ya betul, ummi memang garang dan tak sesabar abi. Tapi ummi sayang auni afifah sangat-sangat.

0 comments:

Apabila Kau Adalah Satu-satu nya~~

00:37 Purpleberry~Me 0 Comments

Assalamualaikum, 

Bila kau adalah satu-satu nya, bukan bermakna semuanya manis. Kadang-kadang sangat pahit untuk di telan. Kecik-kecil dulu teringin juga jadi ‘satu-satu’nya a.k.a anak tunggal. Terfikir juga betapa nikmatnya tak berkongsi barang dan kasih saying dengan adik-beradik lain. Fewwww..itu semua dongeng! Drama tu semua menipu. Bila kau dah besar..dah tahu apa erti tanggungjawab time tu la kau mula sedar kau perlukan orang sekeliling.

Aku nak cerita pasal life kerja aku sebenarnya. Dah 4 tahun dah aku pindah menetap di Singapore nih. Tapi aku masih kekal dengan company y sama (baru nak masuk 3 tahun keje sini). Mula-mula dulu aku rasa macam no problem lah setakat aku sorang je perempuan dalam team aku. Acah-acah macam nak ambil aura positif..kalau tak de geng ni jadi dapat kurangkan gossip dan sakit hati. Tapi lama-lama rasanya aku boleh mati kebosanan melayan pergolakan jiwa. Company ni agak besar la jgk sebagai IT Services y ada 600++ pekerja. Tercampknya aku dalam IT Department, y total kesemua engineer dalam 30 orang (server, network,desktop,application,etc) termasuk lah aku software engineer dan aku merupakan satu-satu nya perempuan, islam, ,melayu dan dari Malaysia. Lain-lain kebanyakan dari India, Filipina, UK, US, Singapore (ada 2 ketul je).

Ni la geng2 Department aku...


Kadang-kadang susah jugak nak adapt dengan diorng ni, nak-nak pulak lelaki je semua. Diorng ni buat keje memang tip top..tp ikut kepala sendiri. Rasanya ni memang lelaki nya style kot. Aku ni pulak more to ikut protocol, nak organize..jadi selalu jgk la makan hati.hahahah.Time ada corporate event ke..company activity/treat aku rasa macam tak nak wujud je. Bosan seyh..bila kau satu-satu nya perempuan ko jangan la mengharap nak tergedik-gedik sorang-sorang. Most of te thing ko akan control je…tu sangat la tak cool.Sakit weh..sakit!



Cuma y best part nya bila diorg ni semua ala-ala macho gentlemen. Kalau boleh semua nak tnya pendapat aku dulu sebelum take any decision, sebab diorang consider aku sebagai perempuan tulen..bak kata omputeh “Lady first”..haha. Nasib kat sini geng2 HR semua baik-baik.Dapat la jugak menumpang kasih dengan diorng.Maklum la, HR ni dari aku kenal apa itu HR memang fact dia majority nya adalah perempuan.
Dan bila masuk part Bahasa ni, ko mula la akan rindu nak cakap Bahasa ibunda,melayu..lagi-lagi nak cakap kelate.haha. Kat Singapore ni aku terpaksa ikut flow..memang Bahasa inggeris y utama. Kat office sure2 la kan kena speaking, sapanak faham aku kan. Then bila balik rumah, adik2 ipar aku pun semua speaking..termasuk la anak2 buah aku y kecik cinonet tu..belum masuk anak aku lg.Kat sekolah memang diorng gunakan 1st language English, kena la ikut kan. Rindu weh…rindu giler nak lepak2 ngn kawan2 zaman blaja dulu-dulu..sembang-sembang bagai nak rak..kalau dah jumpageng Kelantan lg la..mau nya keluar segala jenis Kelantan vocab.hahah. Tak perlu sampi situ pun tak pe..dapat cakap melayu puas-puas pun dah ok.Bagi aku cakap melayu kt sini satu nikmat! Nasib ada husband y memang full melayu bila ckp ngn aku.kehkeh…sayang awak!


0 comments:

Selamat Pengantin Baru Wana~~

18:11 Purpleberry~Me 0 Comments

Assalamualaikum,
Nak story pasal majlis perkahwinan satu-satunya adik perempuan aku. Majlis telah dirancang  dengan rapi sebelum ni, walaupun kehilangan arwah abg Di di akhir Ramadhan lepas (3 hari sebelum raya) kami sepakat meneruskan juga majlis perkahwinan. Kita yang hidup perlu teruskan perjalanan yang masih panjang ni, walaupun jelas masih sedih dengan kehilangan ni.


Mulanya adik aku si Wana ni tak nak teruskan majlis, tapi kami cuba cakap baik-baik dan jelaskan pada dia. Majlis ni memang dirancang..kematian perkara tak dirancang, jadi kita teruskan je macam biasa. Sampai bila adik aku ni nak korbankan majlis dia.Sebetulnya majlis patutnya January tahun ni, tapi di tunda untuk bagi ruang pada adik ipar aku di Singapura melangsungkan mjlis dia. Aku ni kakak dia y paling rapat, jadi dia nak aku ada time mjlis dia.Kalau buat sama date dengan adik ipar aku..possibility aku tak boleh attend majlis dia sangat tinggi. Maka tukarlah dari January ke awal April. Punnn..terpaksa ditunda sebab time ni arwah uda tengah kritikal dan kami ikut kata si Wana ni untuk tunda. Jadi untuk kali ni memang dah tak boleh tunda…segala jemputan semua dah selesai. Malam Khamis (1st raya) tu berlangsung la mjlis akad nikah adik aku di rumah keluarga kami. Part ni memang sedih sikit sebb sepatutnya y jadi wali adalah arwah abg Di, merangkap abg sulung kitaorng. Alhamulillah masih diteruskan dengan menggantikan abg Zerry sebagai wali.
Debaran dah mula terasa..time ni edan dan jurunikah dah mula bertemu mata.hohoh~~
Sah! Alhamdulillah..wana selamat diijabkabulkan bersama Edan. Neway, aku dan keluarga memang dah kenal rapat dengan pengantin laki ni.Diorang dua couple sejak dari sekolah menengah. Kiranya perkahwinan yang direstui la ni.hahaaha.

Then esoknya raya ke-2 adalah majlis persandingan kedua mempelai di belah pihak perempuan. Adik aku mengenakan busana emerald green yang bagi aku cantik sangat. Kena dengan make up dia y meletop tu..serius cantik. Memandangkan dalam cuti raya, jadi ramai la sedara mara dan kawan-kawan adik aku dating memeriahkan mjlis.Jeles wei..banyak sangat hadiah y dia dapat.Time aku dulu sikit je..sob..sob





0 comments:

Kehilangan buat Selamanya ~~abang dan adik

19:26 Purpleberry~Me 2 Comments

Assalamualaikum..salam 10 Syawal

Baru sekarang aku di beri kekuatan untuk meluahkan sedikit rahsia hati untuk apa yang telah berlaku dalam kalendar 2016 ini (sehingga hari ini , 15/07/2016) . Tamparan hebat buat adik lelaki aku yang berusia 23 tahun, di sahkan menghidap kanser tulang pada Januari 2016..masa ni uda (panggilan untuk adik aku) masih di tahun akhir di UPSI dan terpaksa buat penagguhan semester. Tak pe..aku dan yang lain-lain memang support. Biar lambat habis asalkan dapat betul-betul sembuh dulu. Kalau nak dengar kata orang memang tak ke mana, semua orang boleh cakap.."sayangnya..lagi 1 semester je..bla..bla...buat apa tangguh...bla...bla.." tapi yang menanggung sakit bukan korang, tapi uda.

Aku sangat kagum dengan uda, macamana sakit pun dia tak lekang dengan senyuman, alhamdulillah..uda sangat positif dan di kelilingi dengan kawan-kawan, guru-guru,pensyarah-pensyarah serta semua yang tak pernah jemu memberi kata-kata semangat. Allah Maha Penyayang, kat sini aku boleh nampak betapa sayangnya Allah pada uda..seorang anak, adik dan hamba yang baik budi dan akhlaknya. Segala urusan uda Allah permudahkan. Ok, time bulan Februari ni uda hanya ada sebelah tangan je, sebelah kanan dah kena potong dari bahu ke bawah. (kanser telah merebak) tapi alhamdulillah masih di beri kekuatan untuk handle diri sendiri. Sungguh..uda tak banyak menyusahkan mak dan yang lain.Kadang-kadang aku malu pada diri sendiri bila tengok kesungguhan uda berdikari.

Malangnya dalam bulan Mac, result CT scan and MRI menunjukkan kanser telah merebak ke paru-paru. Saat ini la aku mula lihat uda sedikit down..dan pesakit kanser perlu dijauhkan dari segala tekanan / stress untuk mengelakkan sel-sel ni merebak dengan cepat. Walaupun aku tinggal di Singapura, tapi aku cuba balik kg sekerap mungkin untuk kasi uda semangat.Brgitu juga dengan adik-beradik aku yang lain. Setiap hujung minggu kitaorng berkumpul di rumah mak dan sama-sama jaga uda..sama-sama berbual berkongsi cerita dengan uda.

Allah sangat sayangkan uda, hampir 2 minggu terlantar akhirnya uda di jemput ilahi dengan penuh kemuliaan ( sehingga akhir nyawa uda tak putus-putus menyebut lailahailallah dengan sangat jelas..di solatkan lebih 150 orang...dan segala urusan pengebumian sangat lancar). Tanggal 16 April 2016 uda pergi buat selamanya dari dunia yang penuh liku ini. Al-Fateha...


Memang kami sedih dengan kehilangan uda..tapi kami redha.Damai la di sana adikku...

Sekali lagi kami diuji dengan kehilangan, di saat semua tengah bergembira membuat persiapan menanti kehadiran 1 syawal, kami kehilangan seorang abang (Abg Di). Kehilangan mengejut, tanpa sebarang tanda. Tanggal 3 July 2016 (3 hari sebelum hari raya), abg Di pergi buat selamanya...Allahu Rabbi..kami adalah antara insan yang kuat yang menerima dugaanmu sebegini. Aku yakin, setiap yang berlaku adalah perancangan Allah yang terbaik.
Kami sayang kalian berdua..buat arwah abg dan adik tersayang, kami sangat gembira mempunyai adik-beradik seperti kalian yang banyak mewarnai  kehidupan keluarga kita. Rindu pada kalian tak pernah padam...

2 comments: