Apabila Kau Adalah Satu-satu nya~~
Assalamualaikum,
Bila kau adalah satu-satu nya, bukan bermakna semuanya
manis. Kadang-kadang sangat pahit untuk di telan. Kecik-kecil dulu teringin
juga jadi ‘satu-satu’nya a.k.a anak tunggal. Terfikir juga betapa nikmatnya tak
berkongsi barang dan kasih saying dengan adik-beradik lain. Fewwww..itu semua
dongeng! Drama tu semua menipu. Bila kau dah besar..dah tahu apa erti
tanggungjawab time tu la kau mula sedar kau perlukan orang sekeliling.
Aku nak cerita pasal life kerja aku sebenarnya. Dah 4 tahun
dah aku pindah menetap di Singapore nih. Tapi aku masih kekal dengan company y
sama (baru nak masuk 3 tahun keje sini). Mula-mula dulu aku rasa macam no
problem lah setakat aku sorang je perempuan dalam team aku. Acah-acah macam nak
ambil aura positif..kalau tak de geng ni jadi dapat kurangkan gossip dan sakit
hati. Tapi lama-lama rasanya aku boleh mati kebosanan melayan pergolakan jiwa.
Company ni agak besar la jgk sebagai IT Services y ada 600++ pekerja.
Tercampknya aku dalam IT Department, y total kesemua engineer dalam 30 orang
(server, network,desktop,application,etc) termasuk lah aku software engineer
dan aku merupakan satu-satu nya perempuan, islam, ,melayu dan dari Malaysia.
Lain-lain kebanyakan dari India, Filipina, UK, US, Singapore (ada 2 ketul je).
Ni la geng2 Department aku...
Kadang-kadang susah jugak nak adapt dengan diorng ni,
nak-nak pulak lelaki je semua. Diorng ni buat keje memang tip top..tp ikut
kepala sendiri. Rasanya ni memang lelaki nya style kot. Aku ni pulak more to
ikut protocol, nak organize..jadi selalu jgk la makan hati.hahahah.Time ada
corporate event ke..company activity/treat aku rasa macam tak nak wujud je.
Bosan seyh..bila kau satu-satu nya perempuan ko jangan la mengharap nak
tergedik-gedik sorang-sorang. Most of te thing ko akan control je…tu sangat la
tak cool.Sakit weh..sakit!
Cuma y best part nya bila diorg ni semua ala-ala macho gentlemen.
Kalau boleh semua nak tnya pendapat aku dulu sebelum take any decision, sebab
diorang consider aku sebagai perempuan tulen..bak kata omputeh “Lady first”..haha.
Nasib kat sini geng2 HR semua baik-baik.Dapat la jugak menumpang kasih dengan
diorng.Maklum la, HR ni dari aku kenal apa itu HR memang fact dia majority nya
adalah perempuan.
Dan bila masuk part Bahasa ni, ko mula la akan rindu nak
cakap Bahasa ibunda,melayu..lagi-lagi nak cakap kelate.haha. Kat Singapore ni
aku terpaksa ikut flow..memang Bahasa inggeris y utama. Kat office sure2 la kan
kena speaking, sapanak faham aku kan. Then bila balik rumah, adik2 ipar aku pun
semua speaking..termasuk la anak2 buah aku y kecik cinonet tu..belum masuk anak
aku lg.Kat sekolah memang diorng gunakan 1st language English, kena
la ikut kan. Rindu weh…rindu giler nak lepak2 ngn kawan2 zaman blaja
dulu-dulu..sembang-sembang bagai nak rak..kalau dah jumpageng Kelantan lg
la..mau nya keluar segala jenis Kelantan vocab.hahah. Tak perlu sampi situ pun
tak pe..dapat cakap melayu puas-puas pun dah ok.Bagi aku cakap melayu kt sini
satu nikmat! Nasib ada husband y memang full melayu bila ckp ngn aku.kehkeh…sayang
awak!




0 comments: