Selamat Pengantin Baru Wana~~

18:11 Purpleberry~Me 0 Comments

Assalamualaikum,
Nak story pasal majlis perkahwinan satu-satunya adik perempuan aku. Majlis telah dirancang  dengan rapi sebelum ni, walaupun kehilangan arwah abg Di di akhir Ramadhan lepas (3 hari sebelum raya) kami sepakat meneruskan juga majlis perkahwinan. Kita yang hidup perlu teruskan perjalanan yang masih panjang ni, walaupun jelas masih sedih dengan kehilangan ni.


Mulanya adik aku si Wana ni tak nak teruskan majlis, tapi kami cuba cakap baik-baik dan jelaskan pada dia. Majlis ni memang dirancang..kematian perkara tak dirancang, jadi kita teruskan je macam biasa. Sampai bila adik aku ni nak korbankan majlis dia.Sebetulnya majlis patutnya January tahun ni, tapi di tunda untuk bagi ruang pada adik ipar aku di Singapura melangsungkan mjlis dia. Aku ni kakak dia y paling rapat, jadi dia nak aku ada time mjlis dia.Kalau buat sama date dengan adik ipar aku..possibility aku tak boleh attend majlis dia sangat tinggi. Maka tukarlah dari January ke awal April. Punnn..terpaksa ditunda sebab time ni arwah uda tengah kritikal dan kami ikut kata si Wana ni untuk tunda. Jadi untuk kali ni memang dah tak boleh tunda…segala jemputan semua dah selesai. Malam Khamis (1st raya) tu berlangsung la mjlis akad nikah adik aku di rumah keluarga kami. Part ni memang sedih sikit sebb sepatutnya y jadi wali adalah arwah abg Di, merangkap abg sulung kitaorng. Alhamulillah masih diteruskan dengan menggantikan abg Zerry sebagai wali.
Debaran dah mula terasa..time ni edan dan jurunikah dah mula bertemu mata.hohoh~~
Sah! Alhamdulillah..wana selamat diijabkabulkan bersama Edan. Neway, aku dan keluarga memang dah kenal rapat dengan pengantin laki ni.Diorang dua couple sejak dari sekolah menengah. Kiranya perkahwinan yang direstui la ni.hahaaha.

Then esoknya raya ke-2 adalah majlis persandingan kedua mempelai di belah pihak perempuan. Adik aku mengenakan busana emerald green yang bagi aku cantik sangat. Kena dengan make up dia y meletop tu..serius cantik. Memandangkan dalam cuti raya, jadi ramai la sedara mara dan kawan-kawan adik aku dating memeriahkan mjlis.Jeles wei..banyak sangat hadiah y dia dapat.Time aku dulu sikit je..sob..sob





You Might Also Like

0 comments: